Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Jadikan norma persekolahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat meneliti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai norma persekolahan, sekurang-kurangnya berberapa tahun akan datang.

Presidennya Adam Prakash Abdullah berkata, KPM boleh melihat bagaimana PdPR ini boleh dibuat sebagai salah satu kaedah persekolahan di samping hadir ke sekolah.

“Dengan berbuat sedemikian guru, murid dan ibu bapa akan dapat merancang perjalanan persekolahan dengan lebih berkesan,” katanya.

Menurutnya, guru juga dapat merancang PdPR dengan lebih teliti mengambil kira keadaan dan situasi pembelajaraan. Tambahnya lagi, ibu bapa akan mengetahui secara jelas bahawa PdPR adalah proses persekolahan yang digabung dengan sistem bersemuka dengan penjadualan yang tersusun.

“PdPR tidak harus dilaksanakan dengan bergantung kepada berlakunya wabak atau bencana tetapi dibuat sebagai satu amalan supaya semua sentiasa bersedia dalam pelbagai situasi.

“Sudah tentu perkara ini perlu dikaji, dirancang dan dibincang dengan semua pemegang taruh sebelum dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Justeru kata Adam, masyarakat perlu menerima bahawa transformasi pendidikan bukan sahaja akan berlaku di peringkat kurikulum, tetapi amalan persekolahan juga akan berlaku perubahan.

Baca lain  Tidak dibenar keluar atau masuk Bintulu kecuali perlu

“Pembelajaran secara maya akan dipergiatkan lagi dan ini semua memerlukan latihan dan infrastruktur yang mantap diperlukan sekiranya kita ingin mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru