Jadikan Pertanian Moden satu Sumber Ekonomi Utama

MATU: “Ramai yang berjaya dalam sektor pertanian kerana penglibatan mereka dalam sektor ini yang serius dan berfokus, ” jelas Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.

Kini katanya hampir semua isi rumah kini memiliki anak-anak yang menyambungkan pelajaran sehingga ke universiti, ia suatu pendemokrasian pendidikan dan kesannya kesihatan manusia semakin baik.

“Ini seterusnya mengakibatkan peluang pekerjaan kurang dan teknologi semakin canggih, ini maksudnya ramai lulusan universiti bakal sukar mendapatkan pekerjaan kerana saingan yang tinggi.

“Sehubungan itu, sektor yang boleh menjadi sumber kekayaan baru buat mereka ialah pertanian, oleh itu, permikiran generasi muda kini perlu diubah, kerana melalui sektor pertanian ini mereka berupaya memperoleh keuntungan yang lumayan,” katanya berucap dalam Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Pertanian Daerah Matu di sini Jumaat lalu.

Jelasnya mulai tahun hadapan kerajaan Sarawak akan memfokuskan pertanian secara besar-besaran di seluruh Sarawak.

“Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjadikan Sarawak pada tahun 2030 menjadi negeri pengekport penuh hasil-hasil pertanian dan sehingga kini kerajaan membelanjakan RM56 bilion setahun untuk mengimport sumber makanan dari luar negera untuk penduduk tempatan dan ini mewujudkan pembaziran dan pengaliran wang ke luar,” ujarnya.

Tambahnya pertanian yang dimaksudkan ialah melibatkan pertanian moden berasakan teknologi, cash crop, yang boleh menghasilkan keuntungan untuk tempoh yang lama, oleh itu beliau menyeru semua oenduduk agar terlibat serius dalam sektor pertanian di kawasan tersebut.

“Sepertimana yang sering diperkatakan oleh Ketua Menteri iaitu Internet Of Things (IOT) merupakan pertanian berasakan teknologi, mengamalkan kaedah fetergasi, membaja, meracun menggunakan pengkomputeran yang sifatnya kecil namun penghasilannya besar.

“Jika kita tidak bersedia kita tidak akan mendapat peruntukan seperti mana yang diperuntukan oleh pihak kerajaan, oleh itu, masyarakat di akar umbi perlu bersedia tidak kira usia dan jantina dan sesiapa yang mampu sertailah sektor pertanian ini, ” jelasnya.

Melalui program tersebut beliau turut memohon agar Jabatan Pertanian dapat membuat tindakan susulan dalam membantu peserta yang telah menyertai kursus agar terus bersemangat dan berjaya dalam bidang pertanian sebagai sumber rezaki utama.

“Kerajaan Sarawak akan membantu petani dan bantuan peralatan, baja dan racun dan membantu juga dalam memasarkan hasil pertanian ini,” jelasnya.

Dalam program yang diadakan selama dua hari tersebut seramai 60 peserta yang terdiri dari Ketua Menteri dan Ketua Kaum telah turut serta dan agensi yang terlibat ialah Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd (ACM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan agensi lain.

Suara Sarawak