ARTIKEL

RAKAM KENANGAN….Douglas (kanan) merakam kenangan bersama Vanu semasa kunjungan hormat, di sini, semalam. (FOTO:UKAS)

Jadikan sektor pertanian moden sebagai profesion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak boleh mempelajari dan mengguna pakai konsep pertanian vertikal Singapura, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Ia adalah inovasi sektor pertanian moden dan menggunakan teknologi moden untuk mengawal persekitaran pertanian.

“Malah sesuai digunakan oleh generasi baharu berpendidikan di kawasan luar bandar kerana kita mahu melihat lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian moden sebagai profesion mereka.

“Pada masa yang sama, kita dapat meningkatkan pengeluaran hasil dan produk makanan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon, di pejabatnya, di sini, semalam.

Ujarnya, Sarawak kini menumpukan usaha dalam meningkatkan pengeluaran beras.

“Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak menyasarkan 60 peratus tahap sara diri dalam pengeluaran beras menjelang tahun 2030.

“Ini bermaksud, kerajaan negeri mengambil berat tentang pengeluaran beras,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap agar Sarawak dapat menggunakan teknologi seperti penggunaan dron, selain menekankan penggunaan benih hibrid dan penuaian mekanikal.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,