Jadikan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Unesco

MIRI: Kerajaan Sarawak sedang berusaha membuat bidaan untuk menjadikan Taman Negara Niah sebagai tapak warisan Unesco.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Persekutuan turut menyokong usaha Kerajaan Sarawak ke arah itu.

“Maka, rangkaian Internet di sekitar Niah dan Mulu harus dibaiki. “Ini kerana setiap pelancong yang datang mereka akan bertanyakan Internet terlebih dahulu sebelum keselesaan bilik,” katanya ketika melancarkan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi di Mulu di sini pada Rabu.

Tambah Abang Johari, ia juga merupakan salah satu persiapan pasca-Covid-19. “Saya percaya sektor pelancongan akan pulih meskipun mengambil masa.

“Namun, dengan adanya kemudahan Internet berkelajuan tinggi, saya lebih yakin sektor pelancongan di Sarawak pulih cepat,” jelasnya.

Tegasnya, beliau memberitahu adanya satu lagi agenda Kerajaan Sarawak dalam memastikan imej lebih jelas. “Jika ini berlaku, maka ia akan lebih melonjak ekonomi luar bandar.

“Malah, dasar kita seiring dengan Kerajaan Persekutuan seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kunjungannya ke Sarawak baru-baru ini,” ujarnya.

Suara Sarawak