ARTIKEL

Jadikan TVET pilihan untuk sambung pelajaran anak-anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 126 geran sumbangan telah disampaikan kepada penerima sempena Program Mesra Rakyat Siri 2 Tahun 2023.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, antara penerima tersebut adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK); Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG); lembaga pengurusan sekolah, kelab dan persatuan.

“Sumbangan geran tersebut juga bertujuan untuk memudahkan urusan pihak terbabit meningkatkan aktiviti sosial masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook sempena Program Mesra Rakyat Siri 2 Tahun 2023 di Dewan Dato’ Wan Ahmad Shabri Zainuddin, RISDA Negeri Sarawak.

Tambahnya, program tersebut dilaksanakan adalah untuk beramah mesra dengan penduduk kampung di sekitar kawasan Kota Samarahan.

Dalam pada itu, beliau juga sempat mengingatkan tetamu yang hadir supaya menggalakkan anak-anak menjadikan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pilihan untuk menyambung pelajaran.

“Insya-Allah, anak-anak kita akan dipersiapkan dengan pelbagai latihan kemahiran yang lengkap agar boleh terus berdaya saing dalam industri yang diceburi kelak,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan