ARTIKEL

Jadikan UNIMAS sebagai jenama global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kadim meninjau Festival Makanan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 Unimas, di Dataran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, di sini hari ini. 
Pic by Alif Noni

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terus komited menempa nama untuk menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjenama global, kata Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Beliau berkata, kewujudan Unimas di Bumi Kenyalang selama 30 tahun ini telah menghasilkan banyak pencapaian komprehensif di pelbagai bidang sekali gus mampu menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Susulan itu, Unimas akan merangka pendekatan yang lebih agresif dalam memperkasakan dan memperkuatkan lagi sumbangan dalam bidang penyelidikan, pengajaran, pembelajaran serta melibatkan diri dengan pihak industri dan rakan kerjasama di luar negara.

“Justeru, hasrat murni ini akan mampu menjadikan Unimas sebagai sebuah universiti yang berjenama global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-30 Unimas, di Dataran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, di sini hari ini.

Tambah Dr Kadim juga, tahun 2022 juga merupakan tahun signifikan buat Unimas setelah mampu menghasilkan lebih 50,000 graduan sejak penubuhannya pada tahun 1992.

Setakat ini katanya, Unimas telah menjalinkan kerjasama di semua benua di dunia dalam membina disiplin kekuatan, khususnya dalam bidang biodiversiti, tenaga diperbaharui, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), penglibatan sosial dan sains sosial.

Bagi Sambutan Ulang Tahun ke-30 Unimas, Kadim  berkata Unimas telah mencapai usia 30 tahun dan bagi meraikan ulang tahun itu, pelbagai aktiviti telah diadakan di universiti ini sejak pagi tadi.

Antaranya adalah mengadakan ceramah kepimpinan berkaitan dengan menghasilkan graduan yang holistik; mengadakan acara menanam pokok Bucida Putih (White Bucida) di dataran Canselori; Festival Makanan dan Konsert Persembahan dari pelajar Unimas.

Beliau berkata, konsert pesembahan itu dijangka akan dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas Tan Sri Alfred Jabu.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta