Melayari Facebook Ahmad Fahmi, beliau menulis ringkasan jadual kesibukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam seminggu.

Sabtu: Mesyuarat dengan Presiden Suzuki Motor.
Ahad: Mesyuarat kabinet dan sambut hari Malaysia di Sarawak.
Isnin: Mesyuarat dengan PM China, pelaburan RM19.84 bilion.
Selasa: Masuk Parlimen.
Rabu: Terbang ke New York.
Khamis: Jumpa Presiden Turki Erdogan, Presiden Iran, Presiden Sri Lanka.
Jumaat: Berucap di UNGA78 dan jadi khatib menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid New York.

Padat betul.
Trivia: Umur PMX ialah 76 tahun, tulis Ahmad Fahmi.

Menelusuri Facebook Anwar Ibrahim, media sosial tersebut turut memuat naik kegiatan terkini PMX.
Antaranya, PMX menerima kunjungan hormat PM Thailand, Srettha Thavisin di New York.

PMX juga menghadiri perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas.
PMX turut bertemu Fortune 500 dan 200 delegasi di Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia bersama Bank of American, CIMB, HSBC, Maybank dan Strandard Charted.
PMX turut ke Harvard Club bertemu delegasi 15 syarikart terkemuka AS, Airbnb, Amazon, AWS, Boeing, ConcoPhilips dan Kimberly-Clark.