ARTIKEL

Jaga hubungan bersama datuk nenek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DALAM drama di televisyen, kita sering mendengar rungutan ibu bapa tentang datuk dan nenek yang suka masuk campur dalam hal pengasuhan anak mereka.

Mungkin situasi tersebut benar-benar berlaku.

Dalam situasi lain, peranan datuk dan nenek dalam keluarga boleh dianggap Istimewa.

Mereka kaya dengan pengalaman dan boleh menawarkan sokongan serta nasihat dalam pelbagai hal pengasuhan, terutama bagi ibu bapa baharu.

Mereka juga boleh diharap dan dipercayai untuk menjaga anak-anak apabila ibu bapa terpaksa berjauhan – bekerja.

Mereka gemar memanjakan cucu mereka, suka bercerita dan memberi nasihat, malah merupakan sebahagian daripada kehidupan cucu.

Mungkin terdapat situasi datuk dan nenek mengganggu cara pengasuhan dan mencetuskan konfl ik dalam keluarga.

Sama ada secara sedar atau tidak, mereka mungkin memberikan nasihat yang tidak diminta, mengkritik cara ibu bapa menguruskan anak-anak atau terlalu memanjakan cucu.

CENDERUNG

Datuk dan nenek juga cenderung memberi terlalu banyak snek kepada cucu atau kurang prihatin dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Jika tidak diuruskan dengan baik, perbezaan pendapat boleh menjadi perbalahan besar, lalu mengakibatkan ketidakstabilan keluarga.

Ibu bapa selalunya menghargai kehadiran datuk dan nenek sebagai rujukan utama membesarkan anak.

Sebagai ibu bapa Milenial atau Gen Z yang membesarkan generasi alfa, pasti memiliki pandangan yang berbeza dengan didikan datuk nenek.

Dalam situasi ini juga ibu bapa tersebut banyak mempersoalkan pantang larang orang lama dan lebih percaya dengan perubatan moden.

KONFLIK

Tidak dinafi kan kepercayaan lama ada yang kedengaran karut, namun ia wujud bersebab.

Walaupun tidak dibuktikan secara saintifik, namun ia bertujuan untuk kebaikan individu tersebut.

Justeru, bagi mengelak berlakunya konfl ik dalam membesarkan anak, lebih baik ibu bapa mendengar nasihat orang lama dengan menerima apa-apa perkara positif.

Jaga hati datuk nenek agar mereka tidak terasa diperkecil atau tersinggung akibat ilmu moden yang dimiliki.

Penting bertolak ansur dalam banyak perkara melibatkan emosi orang tua.

Semua pihak memainkan peranan dalam membesarkan dan mendisiplinkan anak.

Datuk dan nenek juga perlu dibenarkan membuat keputusan dan dihormati selagi tidak memudaratkan kepentingan ibu bapa.

Memetik perkongsian ceramah Ustaz Abdul Somad di media sosial, beliau tidak menggalakkan ibu bapa membesarkan anak di rumah datuk nenek mereka.

Ia disebabkan sifat kasih sayang datuk dan nenek yang terlalu manjakan cucu sehingga dikhuatiri mereka tidak mampu berdikari.

Pun begitu, perbincangan ini terlalu subjektif.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,