ARTIKEL

Jaga kesihatan sepanjang ibadah haji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jemaah haji Sarawak dinasihati agar sentiasa menjaga kesihatan ketika melaksanakan urusan haji di samping mengekalkan disiplin dan patuh peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi selama tempoh berada di tanah suci Makkah.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata, kesihatan tubuh badan setiap jemaah amat penting kerana ia dapat mempermudahkan urusan menunaikan ibadah haji.

“Semua sedia maklum bahawa cuaca pada masa kini agak panas bermakna jemaah haji perlu menggunakan budi bicara masing-masing untuk melaksanakan perkara-perkara wajib. 

“Jika perkara sunat diminta, jemaah haji melihat keadaan kalau membolehkan maka buatlah, tetapi kalau tidak disebabkan cuaca panas maka tunaikan perkara-perkara wajib dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Sarawak Sempena Musim Haji 1444H/2023M di Raia Hotel di sini, malam tadi.

Abang Johari turut berharap agar jemaah haji menjaga nama baik negeri dan negara sepanjang berada di Makkah.

“Jagalah nama baik negara dan negeri kita dan berhubung dengan pihak Tabung Haji Sarawak (THS) sekiranya berlaku masalah kerana sudah tentu mereka akan membantu semua jemaah kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau juga mendoakan supaya urusan jemaah haji dipermudahkan dan beroleh haji mabrur.

Sementara itu, kumpulan pertama terdiri daripada 142 jemaah haji Sarawak telah memulakan perjalanan ke Tanah Suci dengan penerbangan Malaysia Airlines menerusi penerbangan pada jam 11.20 malam pada Khamis.

Kesemua jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.15 pagi sebelum menaiki penerbangan pada jam 4.40 pagi dan tiba di Jeddah pada jam 8:35 pagi (waktu Arab Saudi).

Dalam pada itu, sebanyak lima penerbangan disediakan dengan setiap penerbangan membawa seramai 142 jemaah haji dengan kumpulan kedua bakal berlepas hari ini pada jam 5.20 petang diikuti kumpulan ketiga pada jam 7.25 malam.

Bagi kumpulan keempat pula bakal berlepas ke KLIA pada jam 11.20 pagi dan kumpulan kelima pada jam 7.25 malam pada esok hari (Jumaat).

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya