Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Jaga makan, elak berat badan naik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengingatkan para atlet negara untuk ‘berjaga-jaga’ dengan makanan yang bakal menjadi juadah sepanjang Syawal ini.

Beliau berkata, setelah sebulan berpuasa dan mungkin mengalami penurunan berat badan, namun tanpa penjagaan makanan yang betul boleh menyebabkan berat badan mereka kembali seperti sebelum Ramadan.

“Pesanan ini bukan sahaja untuk atlet, tapi untuk semua termasuk saya sendiri.

“Selepas satu bulan berpuasa, pastikan kita ‘pilih’ makanan semasa hari raya, kalau tidak nanti semua kilogram yang hilang akan berpatah balik dengan cepat,” katanya.

Atlet negara ketika ini dalam proses mempersiapkan diri untuk menggalas nama Malaysia di Sukan SEA Kemboja bulan depan.

Kontinjen Malaysia akan dibarisi seramai 677 atlet dipacu 237 pegawai bagi menyahut cabaran pada temasya dwitahunan dari 5 hingga 17 Mei.

Hannah turut berpesan kepada atlet yang akan pulang ke kampung sempena Syawal nanti untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya.

“Nasihat saya kepada semua atlet yang akan balik kampung berhatihati di jalan raya dan pastikan anda fokus memandu jangan tengok telefon sahaja.

Baca lain  Irfan mahu bawa Kuching City FC ke Liga Super 2022

“Pesanan ini untuk semua yang guna jalan raya,” katanya.

Beliau memberitahu, atlet negara juga seperti orang biasa yang mempunyai kehidupan mereka sendiri.

“Harap mereka juga boleh mempunyai kehidupan sosial seperti orang lain dan saya harap hari raya ini mereka dapat bertemu degan keluarga dan sanak saudara bersama di kampung,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Bentuk pasukan mantap

PERBADANAN Sukan Sarawak (SSC) bersiap sedia membentuk skuad bola sepak

United kembali beraksi

MANCHESTER United kembali ke tempat sepatutnya selepas menewaskan Chelsea 4-1

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru