ARTIKEL

PRESIDEN SFA...Phillip Jabu.

Jaguh tiga negara jiran turut serta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Cabaran Futsal Sarawak 2023 yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan pada 18 dan 19 November ini menjanjikan saingan sengit.

Tidak hanya misi pasukan bertanding fokus untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 termasuk piala dan pingat bagi gelaran juara.

Sebaliknya, himpunan pasukan yang turut serta yang mempunyai tekod tersendiri. Bukan sahaja dari kelab handalan seluruh Sarawak.

Malah, kelab-kelab dari semenanjung termasuk pasukan handalan dari tiga negara jiran iaitu Indonesia, Brunei Darussalam dan Singapura.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) Phillip Jabu menegaskan, kejohanan anjuran pihaknya dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mendapat sambutan memberangsangkan.

“Setakat ini 32 pasukan sudah mengesahkan penyertaan mereka. Jumlah tersebut dijangka bertambah memandangkan masih ada tempoh seminggu lagi sebelum saingan bermula.

“Apa yang pasti, pasukan dari tiga negara jiran (Indonesia, Brunei, Singapura) antara yang turut menghangatkan suasana sepanjang dua hari kejohanan itu berlangsung kelak,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Den Contruction rangkul gelaran juara futsal

KABONG: Pasukan Den Contruction dinobat sebagai juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Kabong 2024. Kelab yang berpengkalan di Kuching itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya

BERITA TERBARU

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau