ARTIKEL

Jaguh wushu negara rangkul dua emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PHNOM PENH: Jaguh wushu kebangsaan Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023 selepas mengungguli saingan final Taolu wanita (Nandao + Nangun) di sini, hari ini.

Pada final disiplin Nandao yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Cheong Min mengumpul 9.65 mata untuk mengumpul keseluruhan 19.16 mata sekali gus mengesahkan kejayaan merangkul emas keduanya.

Pingat perak dimenangi atlet Vietnam Phan Thi Tu Binh yang meraih keseluruhan 18.413 mata sementara Aye Thitsar Myint dari Myanmar mengumpul 18.303 mata untuk membawa pulang gangsa.

Sebelum ini, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara Nandao, merangkul emas Nanquan wanita yang merupakan emas pertama kem wushu negara di Sukan SEA 2023, selain menghadiahkan gangsa dalam acara Nandao wanita, Rabu lepas. — BERNAMA

BERITA LAIN

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu