ARTIKEL

Jagung keju, mochi pilihan sajian moreh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOREH atau jamuan di masjid atau surau padaa bulan puasa, biasanya dilakukan selepas bertarawih dan bertadarus.

Ia menjadi kelaziman masyarakat untuk mendapatkan sajian atau hidangan ringan pada malam Ramadan.

Contohnya di Sarawak terkenal dengan hidangan sotong tukuk atau suntong tutok.

Kini menu untuk sajian moreh turut dipelbagaikan mengikut idea baharu sesuai cita rasa pelanggan.

Antara sajian moreh popular terbaharu ialah jagung keju. Hidangan ringan ini diberi nafas baharu dengan menambahkan keju bagi memberi satu kelainan.

Pengusaha jagung keju Jasmin Kiu berkata, jualannya mendapat sambutan luar biasa ketika Ramadan terutama untuk aktiviti moreh.

“Idea tercetus ketika berniaga jagung bakar dan jagung rebus, kemudiannya dipelbagaikan dengan menambah keju untuk jagung bakar.

“Alhamdulillah ia mendapat sambutan menggalakkan pelanggan,” katanya yang sudah empat tahun menjual jagung keju di Wayne Cafe, Tebingan Kuching.

Keenakan snek ringan itu menarik minat bukan sahaja pelangga setempat, malah mendapat perhatian pelanggan dari Kota Samarahan dan sebagainya.

“Bukan sahaja dari bandar raya Kuching, malah dari Bako, Demak dan ada juga yang sanggup datang dari Kota Samarahan untuk menikmati jagung keju,” ujarnya.

Tambahnya, jagung keju mampu dijual lebih 80 batang sehari.

Sementara itu, sajian moreh lain turut menjadi pilihan ialah mochi – hidangan pencuci mulut dari Jepun. 

PENCUCI MULUT JEPUN

Tekstur mochi hampir sama seperti kuih tempatan yang dikenali sebagai kuih kochi, hanya dibezakan pada inti.

Kuih Kochi dilengkapi dengan inti gula Melaka atau gula apong, tetapi mochi, disajikan dengan pelbagai variasi inti, antaranya kacang merah dan coklat.

Pengusaha Mochiko, Haziqah Auraisha Hamdan, berkata dia mula berniaga sejak 2018 pada Ramadan, namun terpaksa menghentikan perniagaannya, sementara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan.

“Sejak ditutup, ramai yang bertanya bilakah kedai kembali beroperasi. Alhamdulillah, pada bulan puasa tahun ini, saya kembali berniaga.

“Cuma kali ini saya tampil dengan beberapa idea baharu termasuk mempelbagaikan mochi yang dijual.

“Antaranya, brownie mochi iaitu kek brownies disalut dengan kulit mochi dan ditambah sirap istimewa,” katanya. 

Menurut Ziqah, perniagaan mochinya beroperasi di Kampung Nombor 5 di Satok menjadi tumpuan penggemar makanan manis.

“Syukur sejak kembali beroperasi, jualan begitu laris serta mendapat sambutan luar biasa.

“Saya kini mampu menjual lebih 100 biji mochi setiap hari,” ujarnya.

Biarpun berdepan kekangan dari segi bahan mentah, namun Ziqah tetap berusaha mendapatkan bekalan mentah mencukupi untuk memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan.

BERITA LAIN

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Mampu perkasa pelancongan Sarawak

Abang Johari berkata, lokasi pembinaan lapangan terbang sudah dikenal pasti dan beliau akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Tambahnya, Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Malaysia Airport

Jadikan S’wak hab penerbangan serantau

PEMBANGUNAN di Sarawak dilihat semakin pesat dengan pelan dan rancangan jangka panjang berskala besar. Bukan sahaja dari segi ekonomi tenaga boleh diperbaharui, malah aspek logistik

Kepengarangan Frankie Latit

ABANG MEDIAN ABANG SAID SIRI 1 BIAR saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu – Abang Median Abang Said – seorang penulis, guru dan ahli PUTERA

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri