Trending

Jagung keju, mochi pilihan sajian moreh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lazim masyarakat mendapatkan sajian atau hidangan ringan menerusi aktiviti moreh atau makan lewat setiap kali selepas selesai melaksanakan solat tarawih.

Sebelum ini, bulan Ramadan amat sinonim dengan sotong ketuk atau ‘suntong tutok’ bagi masyarakat tempatan, namun kini, sajian moreh dipelbagaikan mengikut cita rasa dan idea baharu.

Jagung keju bakar

Salah seorang peniaga, Jasmin Kiu memberitahu jagung keju jualannya begitu laris ketika bulan Ramadan terutama semasa aktiviti moreh.

“Keenakan snek ringan itu turut menarik minat bukan sahaja pelanggan setempat, malah mendapat perhatian masyarakat dari Kota Samarahan dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, sajian moreh yang turut menjadi pilihan ialah mochi – iaitu hidangan pemanis dari Jepun yang hampir serupa dengan kuih tempatan iaitu kuih koci.

Mochi Matcha Strawberry dan Strawberry Coklat merupakan menu terlaris Mochiko

Pengusaha Mochiko Haziqah Auraisha Hamdan, berkata jualan mochi yang diusahakan sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.

“Syukur sejak beroperasi semula selepas terhenti akibat pandemik, jualan begitu laris serta mendapat sambutan yang luar biasa sehingga mampu menjual lebih 100 biji mochi setiap hari,” katanya.

Jualan mochi dan jagung bakar yang beroperasi di Kampung Nombor 5, Satok ini berjaya menarik perhatian masyarakat di sekitar kawasan Kuching sebagai salah satu makanan moreh.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru