ARTIKEL

Jalan akses ke kawasan selatan LTAK siap Ogos 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan projek jalan akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) yang bernilai RM112.9 juta diyakini dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya, membuka kawasan baharu selain merancakkan ekonomi sekitarnya.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan projek yang bermula hari ini, dijangka akan siapkan sepenuhnya dalam tempoh masa 36 bulan iaitu pada 1 Ogos 2024.

“Ini merupakan salah satu projek kritikal yang amat diperlukan bukan sahaja untuk menyuraikan masalah kesesakan jalan raya tetapi sebagai jalan alternatif terutama dari Kuching-Samarahan-Serian.

“Malah bermula dari 2017 lagi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian sudah berusaha memohon untuk projek ini diberi keutamaan bagi kemudahan dan keselesaan penduduk disekitarnya,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap Siri 4 Tahun 2021 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya projek itu akan dilengkapi dengan sebuah ‘underpass’ atau laluan bawah tanah melalui LTAK serta tiga buah jambatan konkrit dua lorong dua hala merentasi Sungai Kuap, Sungai Stampin dan Sungai Sangkoh.

Pembinaan jalan baharu sepanjang 6.2 km yang akan dibina ini bermula dari persimpangan Stutong sehingga ke persimpangan Bukit Berangan. Bagi meningkatkan lagi aksesibiliti penduduk berhampiran, skop jalan baharu yang akan menghubungkan jalan baharu (dari persimpangan Stampin) ke Kampung Sg. Tapang sepanjang 1.7 km turut akan dibina.

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk