Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Jalan alternatif Kota Samarahan ke BDC dibuka hari ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TINJAUAN… Wee (dua kiri) bersama Pengerusi MPKS, Datuk Peter Minos (kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata meninjau pembukaan laluan alternatif dari Kota Samarahan menghala ke BDC, Jalan Setia Raja dan Jalan Stutong, Kuching.
TINJAUAN… Wee (dua kiri) bersama Pengerusi MPKS, Datuk Peter Minos (kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata meninjau pembukaan laluan alternatif dari Kota Samarahan menghala ke BDC, Jalan Setia Raja dan Jalan Stutong, Kuching.

KUCHING: Jalan alternatif Kuching-Kota Samarahan Expressway menghala ke BDC, Jalan Setia Raja dan Jalan Stutong telah dibuka kepada pengguna bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berkata, ia merupakan langkah sementara bagi mengurangkan kesesakan jalan raya yang dihadapi penggguna.

JALAN ALTERNATIF… Sekitar laluan alternatif dari Kota Samarahan menghala ke BDC, Jalan Setia Raja dan Jalan Stutong yang mula dibuka.

Pada masa sama katanya, pihaknya akan mencari keadah lain bagi memastikan kesesakan jalan raya di kawasan tersebut dapat diatasi.

“Pembukaan jalan alternatif ini mungkin akan menyusahkan penduduk perumahan di sini, tetapi ia hanya langkah sementara sehingga pembinaan lebuh raya tersebut siap nanti.

PETA… Laluan jalan alternatif yang dibuka bermula hari ini.

“Apabila semua lalu lintas telah dilencongkan, kita akan meneroka pelbagai kaedah untuk memastikan trafik di lebuh raya ini berjalan lancar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di persimpangan jalan alternatif sementara Kuching-Kota Samarahan Expressway menghala ke BDC, Jalan Setia Raja, dan Jalan Stutong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, beliau juga telah meminta tambahan anggota polis trafik dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) untuk membantu mengawal aliran trafik di laluan berkenaan.

Beliau turut menggesa kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menggunakan saluran betul dengan menghubungi MBKS atau majlis lain jika timbul sebarang masalah, daripada melepaskan kekecewaan di media sosial.

Terdahulu menurut kenyataan akhbar Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, laluan alternatif itu hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan dengan had muatan lima tan atau kurang.

Had laju yang dibenarkan ialah 30 kilometer (km) sejam dan pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu di laluan alternatif.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan