ARTIKEL

Aidel (lima kanan) selepas lawatan kerja Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jalan Baharu Ke Sebuyau di Tapak Projek berhampiran Kampung Sungai Ladong pada Khamis.

Jalan baharu menuju Jambatan Batang Lupar mampu pendekkan satu pertiga jarak perjalanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Pembinaan jalan baharu sepanjang 28 kilometer dari persimpangan Jambatan Batang Sadong menuju Jambatan Batang Lupar, Sebuyau apabila siap kelak bakal memendekkan satu pertiga jarak perjalanan.

Pakej kerja di bawah Projek Jalan Utama Kedua (STR) yang membabitkan dua lorong satu laluan mengikut standard Jabatan Kerja Raya R5 dengan peruntukan berjumlah RM524.8 juta itu dijangka siap pada Disember 2027.

Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir. Aidel Lariwoo, projek yang bermula pada 8 Ogos 2023 itu dijangka mengambil masa 48 bulan disiapkan.

“Setakat ini kemajuan pelaksanaan projek yang bermula dari persimpangan Kampung Sungai Ladong di sini, adalah sebanyak 0.27 peratus, berbanding jadual asal 4.60 peratus. Ia tertunda selama 191 hari daripada rancangan pembinaan.

“Bagaimanapun, kelewatan ini berlaku disebabkan oleh isu sekatan di dua kawasan utama permulaan projek sepanjang 3.3 km, susulan penduduk setempat mendakwa tanah yang terlibat milik mereka.

“Namun sebenarnya melalui semakan Jabatan Tanah dan Survei (JTS), kawasan yang dinyatakan itu sebenarnya tidak disukat dan tiada surat hak milik tanah,” katanya.

ADUN Sadong Jaya itu berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jalan Baharu Ke Sebuyau di Tapak Projek berhampiran Kampung Sungai Ladongpada Khamis.

Dalam pada itu, beliau menyatakan keyakinan bahawa projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual memandangkan kerja pembersihan tapak sepanjang lebih 14 km sudah siap dijalankan.

“Masalah melibatkan penduduk setempat ini sedang diatasi dan berjalan lancar dengan kerjasama Pejabat Daerah Sebuyau serta JTS.

“Sementara masalah tersebut diselesaikan, pihak kontraktor bermula dari sebelah Sebuyau dan kini kawasan yang terlibat sudah selesai dibersihkan, seterusnya menembok pasir dan sebagainya.

“Sehubungan itu, saya yakin pihak kontraktor mencapai kemajuan yang lebih tinggi dan memberangsangkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila semua masalah diselesaikan,” ujarnya.

Sementara mengulas skop projek tersebut, beliau memberitahu ia turut melibatkan pembinaan tiga buah jambatan baharu merentasi Sungai Ladong, Sungai Entangor dan Sungai Sebuyau.

“Jalan baharu dengan standard R5 ini bakal dilengkapi dengan kemudahan trafik lain serta lebih besar daripada jalan lama yang sepanjang sekitar 40km.

“Di sini juga kita akan mempunyai jejambat sepanjang 800 meter melintasi Taman Negara Sedilu,” jelasnya.

Untuk rekod, projek STR yang dianggarkan menelan kos keseluruhan berjumlah RM11 bilion bertujuan memendekkan masa perjalanan antara Sibu dengan Kuching kepada kira-kira tiga jam, pada masa yang sama membuka kawasan aktiviti ekonomi baharu untuk penduduk setempat.

Ia melibatkan pakej dari Batang Samarahan ke Batang Sadong yang mempunyai empat lorong dua hala sepanjang 13.7 kilometer dengan kos keseluruhan RM530 juta, dijangka siap menjelang Februari 2027. 

Secara keseluruhan STR terdiri daripada 20 projek dengan 12 projek sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan dan dijangka siap seawal suku kedua tahun ini sehingga suku kedua 2028, baki lapan lagi projek dijangka dimulakan pada 2024.

Cadangan pembinaan jalan baharu sepanjang 28km dari persimpangan Jambatan Batang Sadong menuju Jambatan Batang Lupar, Sebuyau.

Antaranya lain, Jambatan Batang Samarahan baharu termasuk Jalan Dwi Laluan sepanjang sembilan km, jalan raya berkembar Batang Samarahan-Batang Sadong (13km), Jambatan Batang Saribas No. 2, Batang Saribas ke Jalan Roban (Persimpangan), Sebuyau-Jalan Lingga termasuk Jambatan Sungai Lingga.

Selebihnya pembinaan jalan yang menghubungkan Sungai Lingga ke Jalan Lingga sedia ada ke Sri Aman, naik taraf jalan utama sedia ada di bandar Sri Aman, Jambatan Batang Lupar No. 2, Batang Lupar ke Jalan Betong (persimpangan) dan Ulu Paku/Ulu Kota Link Road dan naik taraf Jalan Ulu Paku sedia ada (Jalan Betong-Pakan).

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup