Trending

Jalan empat lorong Pan Borneo Spaoh, Sbangkoi dibuka Isnin ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARATOK: Jalan empat lorong dua hala Lebuh Raya Pan Borneo di bahagian Spaoh (WPC05) dan Sebangkoi (WPC06) akan dibuka Isnin ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan berkata, pengguna jalan raya diingatkan agar menggunakan pusingan-P selepas Jambatan Awik untuk masuk ke Simpang Saratok.

“Oleh demikian, pengguna jalan raya masih dikehendaki mematuhi papan tanda had laju 50 kilometer sejam dan 30 kilometer sejam di kawasan pusingan-P tersebut dan kawasan dua lorong kembali pada selorong,” katanya, hari ini.

Jelasnya, kontraktor akan memaklumkan jika terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan pembukaan itu kelak.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan di kawasan yang terlibat.

“Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pernyataan lanjut berkaitan dengan aliran trafik, sila berhubung dengan Pejabat JKR Sarawak Zon Selatan, Cawangan Lebuh Raya Pan Borneo di talian 082-619125 atau Alexis (TMO Bahagian Spaoh) di talian 019-8568569 dan Bintang (TMO Bahagian Sebangkoi) di talian 012-8801138,” ujarnya.

Difahamkan pembukaan akan dilakukan pada jam 10 pagi Isnin depan.

Memandangkan kerja–kerja pembinaan fasa akhir masih dijalankan, tambahnya pengguna jalan raya dikehendaki memberi perhatian serta kerjasama sepenuhnya ketika melalui kawasan tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru