ARTIKEL

1. REDAH...Billy turun padang tinjau projek tadahan air baharu Kampung Stungkor Baru

Jalan kaki redah hutan, wakil rakyat tinjau sendiri status terkini projek tadahan air baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang bertindak meninjau sendiri laluan batang paip utama bagi tujuan menaik taraf sistem paip graviti di Kampung Stungkor Baru, pada Khamis.

Hasil lawatan bersama rombongan Jawatankuasa Kemajuan dan Kedelamatan Kampung (JKKK) Stungkor Baru, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan GKCDA mendapati paip PVC sedia ada perlu ditukar.

Ia berikutan paip terbabit yang kini berusia lebih 30 tahun sering mengalami kebocoran.

Sementara Pegawai Penguasa JBALB Lundu, Hastomo Tommy memberitahu projek naik taraf sistem paip graviti itu berjumlah RM550,000.

Kos itu termasuk pembinaan semula sebuah empangan air, seunit tangki penapis dan dua unit tangki simpanan.

Selain itu, saluran HDPE bersaiz empat inci sepanjang lima kilometer, paip HDPE tiga inci sepanjang tiga kilometer dan pemasangan paip di setiap rumah.

Mengulas lanjut mengenai projek tersebut, Billy menegaskan projek diluluskan memandangkan ia sememangnya keperluan rakyat khususnya penduduk luar bandar di kampung terbabit.

Tambahnya lagi, ia selari dengan pertambahan jumlah penduduk di samping keadaan paip lama yang dilihat sudah dalam keadaan uzur.

Hasil lawatan turut berjaya mengenal pasti kawasan tadahan air, kedudukan tapak tangki penapis serta tangki simpanan air di samping menentukan saiz empangan baharu yang akan dibina.

Terdahulu, lawatan turut disertai Ketua Kampung Stungkor Baru, Jeli Lehet dan Pegawai GKCDA Mohd Badrulhisyam.

SAMPAI…Rombongan pelawat tiba di lokasi projek naik taraf sistem paip graviti di Kampung Stungkor Baru

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU