ARTIKEL

Jalan Nanga Menuan/Nanga Setepus (Fasa 1) siap akhir Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pembinaan Jalan Nanga Menuan/Nanga Setepus (Fasa 1) yang bakal siap menjelang akhir Julai ini memberikan makna yang besar khususnya kepada penduduk dari 10 buah rumah panjang di Kapit.

Malah pembinaan jalan berkenaan turut memberikan manfaat kepada dua buah sekolah rendah di sana.

AIDEL (enam kanan), Jamit (lima kanan) serta yang lain ketika meninjau projek pangkalan feri di Nanga Menuan.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) Aidel Lariwoo, kerja-kerja fizikal projek itu sudah 93 peratus siap. 

“Kami berharap dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan,” kata kepada media semasa lawatan tapak tersebut di Kapit, semalam.

Susulan itu, beliau turut berharap fasa kedua projek itu dapat dimulakan dengan peruntukan dana.

Aidel turut melawat tapak cadangan projek pengkalan feri di Nanga Menuan yang masih dalam peringkat perancangan.

Katanya, projek feri itu merupakan antara projek yang dinanti-nantikan penduduk terutama apabila jalan Nanga Menuan/Nanga Setepus siap.

Bagaimanapun, katanya lagi, projek pengkalan feri itu hanyalah penyelesaian sementara kerana kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membina jambatan Nanga Menuan sebagai penghubung kekal penduduk di kawasan itu.

Menyentuh mengenai tebing sungai dan kerja-kerja perlindungan cerun di Tebingan Kapit dan projek penyambungannya, Aidel berkata, bahawa projek itu mendahului jadual.

“Projek yang menelan belanja RM10.53 juta itu kini 15.41 peratus siap.

Ia mendahului jadual.

Kami yakin dengan kerja kontraktor.

“Ia (projek) adalah sebahagian daripada usaha kita untuk mencantikkan Kapit.

Kapit akan menjadi salah satu pintu masuk utama yang semakin meningkat di Sarawak apabila Indonesia memindahkan ibu negaranya (ke Kalimantan).

Kapit harus memanfaatkan sepenuhnya perkara ini (pemindahan ibu negara Indonesia),” katanya.

Turut hadir mengiringi Aidel dalam tinjauannya itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Sarawak (Undang-undang Anak Negeri dan Adat Istiadat) merangkap Adun Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat.

-tamat-

gambar1: AIDEL (tujuh kanan), Jamit (lapan kanan) ketika bersama beberapa penduduk dan kontraktor di tapak jalan tersebut.

gambar2: AIDEL (enam kanan), Jamit (lima kanan) serta yang lain ketika meninjau projek pangkalan feri di Nanga Menuan.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU