ARTIKEL

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Len Talif Salleh | Foto: Mohd Alif Noni

Jalan penghubung dari Stutong ke Jalan Datuk Muhamad Musa siap 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jalan penghubung dari kawasan Stutong ke Jalan Datuk Muhamad Musa, Kota Samarahan yang bernilai RM266 juta dijangka siap pada suku kedua tahun 2025.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Len Talif Salleh berkata, jalan tersebut sebahagian daripada projek pembinaan jalan akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Jalan penghubung berkenaan melibatkan pembinaan tiga jambatan konkrit dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) juga antara projek yang sedang dilaksanakan.

“Projek tersebut adalah melibatkan laluan bagi Transit Aliran Autonomi (ART) dari Rembus, Kota Samarahan sehingga ke HIKMAH Exchange, Kuching.

“Projek tersebut juga bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan kenderaan persendirian sekali gus menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Kuching dan Samarahan,” dedahnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Stakan, Datuk Hamzah Ibrahim berkenaan dengan rancangan Kerajaan Negeri dalam mengawal kelestarian pembangunan bagi kawasan komersial dan perumahan secara terancang pada persidangan DUN Sarawak, semalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU