Trending

Jalan raya baharu untuk penduduk Bukit Kinyau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Berita gembira buat penduduk Bukit Kinyau, di sini apabila kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah meluluskan peruntukan untuk pembinaan jalan yang akan menghubungkan kawasan itu dan Sarikei.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek itu melibatkan peruntukan kira-kira RM80 juta dan laluan sepanjang 17 kilometer dari Kinyau terus ke Sarikei.

Projek berimpak tinggi itu katanya, bukan sahaja melonjakkan potensi Kinyau sebagai sebuah perkampungan nelayan tetapi berupaya memperkasakan ekonomi penduduk dalam tempoh jangka panjang.

“Jaraknya 17 kilometer, dari Kinyau terus ke Sarikei dan akan bertemu dengan jalan berhampiran Hospital Sarikei.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan peruntukan ini,” katanya ketika ditemui ketika menghadiri Majlis Ngiling Bidai di Dewan Masyarakat Sare, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, menggesa kerjasama semua pihak agar pelaksanaan projek berjalan lancar dan sempurna.

Bukit Kinyau  wujud sejak tahun 1950 an merupakan sebuah perkampungan yang mempunyai lebih 60 buah rumah hanya dapat dihubungi melalui jalan sungai dari Sarikei dan Tanjung Manis.

“Pelaksanaan projek ini seiring dengan kewujudan Taman Agro di Sarikei. Ini pastinya bakal melonjakkan potensi Kinyau dalam pelbagai aspek termasuk sebagai kawasan peranginan dan perikanan,” ujarnya.
Selain Sare, majlis yang sama juga turut diadakan di Kerubong dan Dewan Serbaguna Sungai Sentebu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru