ARTIKEL

Jalan sekitar pusat bandar Kuching ditutup sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan melakukan penutupan jalan dan lencongan sempena raptai, perhimpunan dan perarakan 60 Tahun Sarawak Merdeka, di Padang Merdeka, 22 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, perhimpunan dan perarakan tersebut akan disertai oleh 60 kontinjen serta dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

Justeru katanya, pihak polis akan membuat penutupan jalan semasa raptai diadakan iaitu bermula 18 Julai 2023 sehingga 20 Julai 2023, jam 6.30 pagi sehingga raptai selesai.

“Sementara itu pada 22 Julai 2023, penutupan jalan akan bermula dari jam 5.30 pagi dan akan dibuka semula setelah program selesai sepenuhnya.

“Jalan yang akan ditutup adalah persimpangan Jalan Main Baazar, Lebuh Wayang, Jalan Gambier, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Wawasan, Lampu Isyarat RTM, Jalan Satok, Jalan Tun Abang Haji Openg ke Padang Merdeka, Lampu Isyarat SK St Mary, Jalan Mcdougall ke Padang Merdeka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu Ahsmon berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Tambahnya, orang ramai yang ingin menghadiri serta menyaksikan perarakan ini dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat kenderaan iaitu di Taman Reservoir, Taman Budaya, Green Hill, Bangunan Saujana, Medan Kereta Top Spot dan Dewan Suarah.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang masa perjalanan masing-masing pada hari tersebut.

“Sekiranya mempunyai urusan di kawasan pusat bandar atau bagi tujuan menyaksikan perhimpunan, patuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalu lintas serta arahan daripada pegawai polis yang bertugas

“Kerjasama daripada semua amat diharapkan bagi meastikan program berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata, pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching di talian 082-259900 atau merujuk kepada papan notis pemberitahuan penutupan jalan yang telah didirikan di setiap lokasi jalan yang ditutup.

BERITA LAIN

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

PADU: Sarawak masih tunggu wakil Kementerian Ekonomi

KUCHING: Kerajaan Sarawak belum lagi menerima kunjungan daripada wakil Kementerian Ekonomi bagi memberi taklimat berkaitan isu keselamatan Pangkalan Data Utama (Padu). Premier Datuk Patinggi Tan

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36