ARTIKEL

Jalan Sungai Stubah siap sepenuhnya, diyakini mampu beri impak positif 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Penduduk dua rumah panjang di Sungai Stubah di sini, menarik nafas lega apabila projek naik taraf jalan untuk kegunaan mereka kini siap sepenuhnya.

ADUN Daro, Safiee Ahmat berkata, projek jalan batu kerikil sepanjang 2.5 kilometer yang menghubungkan Rumah Bala dan Magerat bakal memberi manfaat besar kepada penduduk setempat.

“Projek ini berjaya buat pertama kalinya menghubungkan dua buah rumah panjang melalui jalan raya yang secara keseluruhannya sepanjang 5.2 kilometer dari Jalan Tanjung Manis Sibu.

“Ia bukan sahaja sebagai perhubungan tetapi merancakkan lagi aktiviti ekonomi khususnya sektor pertanian penduduk di kawasan Sungai Stubah. Sebelum ini kawasan ini hanya bergantung dengan pengangkutan sungai sahaja,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau menjelaskan, projek menggunakan peruntukan khas Projek Transformasi Luar Bandar ( RTP) berjumlah RM800 ribu yang diluluskan Premier Sarawak tahun lepas. 

Pelaksanaan projek berimpak tinggi itu  katanya, dimulakan secara berperingkat sejak tiga tahun lalu dengan membina jalan ban dan beberapa buah jambatan melalui peruntukan RTP tahunan.

“Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha melakukan terbaik untuk rakyat. Ini membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan dan pemeriksaan akhir tapak projek bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) selaku agensi pelaksana.

Turut hadir, Penolong Jurutera Jabatan DID Husaini Ahie, Penolong Jurutera DID Sarikei, SAO Ting, wakil Pegawai Daerah Meradong, Tuai Rumah Bala Sentan  dan Tuai Rumah Magerat Rentap.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi