Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Jalan Tasik Biru Bypass, Sungai Bedil Besar kluster baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dua lagi kluster Covid-19 baharu diisytiharkan hari ini iaitu Kluster Jalan Tasik Biru Bypass, Bau dan Kluster Sungai Bedil Besar di Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Kluster Jalan Tasik Biru Bypass di Bau melibatkan pekerja di sebuah tapak pembinaan medan selera di jalan berkenaan.

“Seramai 26 orang telah disaring iaitu 19 kes positif yang melibatkan 13 bukan warganegara dan enam warganegara Sarawak serta tujuh kes didapati negatif.

“Kluster Sungai Bedil Besar di Kuching pula merupakan kluster komuniti yang melibatkan beberapa buah keluarga di Kampung Sungai Bedil Besar.

“Seramai 94 orang telah disaring iaitu 31 kes dikesan positif termasuk kes indeks dan 63 kes adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, JPBN memberitahu Kluster Jalan Kampung Yoh, Bintulu diisytiharkan tamat pada hari ini susulan tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lalu.

JPBN menambah, sebanyak 97 kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu sembilan kluster mempunyai penambahan kes baharu, manakala 88 kluster tiada penambahan kes.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru