ARTIKEL

Jalan utama ke hulu Jalan Tingkas, Sebakong terputus 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Jalan utama ke hulu Jalan Tingkas, Sebakong di sini, terputus hubungan susulan banjir yang berlaku sejak tiga hari lalu. 

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah Kapten (PA) Zuriza Sharkawi, keadaan air di kawasan Jalan Tingkas yang meningkat dan pasang menyebabkan jalan berkenaan terputus. 

“Sepanjang pemantauan yang dilakukan pada jam 8 pagi hingga 4 petang hari ini, air sungai membanjiri permukaan jalan dan penduduk turut terjejas kerana jalan tersebut turut menghubungkan rumah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Kenyana. 

“Pihak kami tidak dapat meneruskan pemantauan kerana keadaan jalan yang disebabkan air tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Ujarnya, pelajar SK Kenyana diarahkan untuk pulang ke rumah dan sekolah ditutup sementara disebabkan air di sekolah berkenaan berada di paras pinggang. 

Pihak APM mengadakan pemantauan di sekitar hulu Jalan Tingkas, Sebakong. 

Tambahnya, penduduk turut memberi cadangan kepada pihak APM untuk menyediakan bot bagi kegunaan guru-guru merentas jalan yang dinaiki air. 

Penduduk di Mukah boleh menghubungi MERS 999 dan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Mukah 084-872814 sekiranya berlaku kecemasan. 

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim