ARTIKEL

Jalin kerjasama dalam perdagangan karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan Bank Dunia untuk menilai prinsip perakaunan yang perlu digunakan dalam penilaian perdagangan karbon global, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kerjasama itu penting memandangkan perdagangan karbon sebagai satu bentuk perdagangan baharu agak berisiko dan Sarawak memerlukan panduan daripada Bank Dunia sebagai sebuah badan global yang kredibel.

“Kita perlu bekerjasama dengan dengan pihak yang kredibel memandangkan ada orang akan cuba menipu atau ‘bogus consultants’.

Jadi kita perlu dipandu oleh Bank Dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Sedunia peringkat Sarawak di Pusat Agroperhutanan Sabal, sekitar 60 kilometer dari sini.

Menurutnya, berikutan ketiadaan protokol untuk pengiraan karbon dalam perdagangan dunia masa kini, Protokol London 1996 yang merupakan satu perjanjian antarabangsa berhubung pengawalseliaan perpindahan karbon merentas sempadan menjadi garis dasar.

Beliau juga memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keperluan kerajaan pusat bagi menambah baik perundangan sedia ada berhubung perniagaan tenaga untuk melibatkan perkara berkaitan perdagangan karbon.

“Perdana Menteri selalu mengatakan kita hebat dalam pengurusan dan perundangan ekosistem kita.

Jadi bagi saya, kita perlu bermula dan diberi sokongan daripada kerajaan pusat,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di