ARTIKEL

Jambatan baharu Sungai Tutoh Baram siap sebelum Krismas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BARAM: Kesusahan yang dialami penduduk di Ulu Tutoh susulan jambatan lama yang musnah akibat banjir tahun lalu bakal berakhir

Sekali gus akan memberi sinar baharu buat penduduk di kawasan berkenaan menjelang sambutan Krismas yang bakal tiba.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, hal ini kerana kerja-kerja pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Tutoh dijangka siap sepenuhnya sebelum sambutan Hari Krismas kelak.

“Kerja-kerja fizikal pembinaan projek jambatan baharu ini telah mencapai kemajuan sebanyak 85 peratus.

“Apabila jambatan ini siap kelak, ia akan memberi manfaat kepada penduduk-penduduk dari lebih 20 kampung di sekitar kawasan Telang Usan, Mulu dan Batu Danau, serta termasuk penduduk dari Limbang dan Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa membuat lawatan ke tapak pembinaan jambatan baharu tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa pembinaan jambatan baharu berkenaan adalah bagi menggantikan jambatan yang telah musnah akibat banjir tahun lalu.

Pada masa yang sama, beliau menzahirkan rasa bangga serta bersyukur melihat perkembangan terkini projek berkenaan.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

BERITA TERBARU

Afieq Shazwan kemalangan di Krabi

PELAKON Afieq Shazwan memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand baru-baru ini menerusi muat naik status di Instagram story miliknya. Bagaimanapun, Afi

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan