Jambatan Batang Lupar siap dalam tempoh empat tahun

KUCHING: Tiga feri yang menyeberangi Batang Lupar akan menjadi kenangan apabila pembinaan Jambatan Batang Lupar siap selepas 48 bulan, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, tragedi seperti yang berlaku di pangkalan feri Triso hingga meragut sembilan nyawa awal tahun ini juga akan dapat dielakkan.

Menurutnya, Jambatan Batang Lupar akan menjadi salah satu daripada sembilan jambatan utama di negeri ini yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM2 bilion.

“Jambatan ini merupakan janji Kerajaan Persekutuan semasa pentadbiran Barisan Nasional yang akan dibina berdasarkan usaha sama dengan konsep 50:50.

“Bagaimanapun, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara pada 2018, persefahaman 50 peratus pembinaan itu ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Mac 2021

Suara Sarawak