Jambatan kedua Mukah RM60 juta

MUKAH: Aspek perhubungan di Bahagian Mukah bakal dipertingkatkan apabila jambatan kedua dibina selepas Jambatan Kuning, dan Jalan Tellian Bypass dirancang untuk dibangunkan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, RM60 juta diperuntukkan untuk membina jambatan dan jalan berkenaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Jambatan kedua dan Jalan Tellian Bypass bakal menghubungkan semua kawasan kampung dan rumah panjang di Mukah.

“Bagi kedua-dua projek ini, kita perlu lihat secara menyeluruh kawasan yang terlibat. Tambahan pula ia melibatkan kos yang cukup besar bagi pembangunan di Mukah.

“Malah Balingian kini juga salah satu komponen utama di Bahagian Mukah. Pembangunan berlaku dengan sangat pesat dan pantas,” katanya berucap dalam Majlis Pecah Tanah Anjung Selera Balingian di Dewan Masyarakat Balingian semalam.

… Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 April 2021

Suara Sarawak