ARTIKEL

FRANCIS HARDEN menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Konkrit Menyeberangi Sungai Undop, kelmarin.

Jambatan konkrit menyeberangi Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu siap tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Jambatan konkrit menyeberangi Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu sepanjang 70 meter dijangka siap dalam tempoh setahun.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, ia dibiayai oleh Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) dengan kos RM4.2 juta.

Menurutnya, kemudahan penting itu dicadangkan pembinaannya sejak 2018.

CADANGAN pembinaan jambatan konkrit menyeberangi Sungai Undop di Kampung Beleti, Sabu.

“Pelbagai rintangan dihadapi dari aspek kewangan, pemilikan tanah dan pematuhan syarat pihak berkuasa yang mempunyai kepentingan.

“Tetapi kini kita patut bersyukur apabila jambatan sepanjang 70 meter dengan lebar empat meter bakal menjadi kenyataan. Dijangka siap Januari tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu Harden menghadiri taklimat projek menaik taraf Jalan Ulu Paku Undop sepanjang lapan kilometer dari Simpang Kenyungan sehingga ke SK Paku, Undop.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman Bellgalmano Low.

Katanya, naik taraf jalan sepanjang lapan kilometer membabitkan kos RM25 juta.

Projek dilaksanakan oleh Welfield Services Sdn. Bhd. bermula 13 Januari 2022 dan dijangka siap 27 Mac 2027 selepas kajian semula dengan peratusan siap 91.51 peratus.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU