Trending

Jamery Siga bersara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jaguh renang para negara, Jamery Siga, 36 memuktamadkan keputusan untuk bersara dari sukan renang.

Keputusan itu dibuat selepas namanya digugurkan dari skuad kebangsaan menerusi pengumuman dibuat semalam.

“Semalam saya telah dimaklumkan bahawa nama saya tiada lagi dalam skuad kebangsaan.

“Rentetan itu saya mengambil keputusan untuk bersara, dari acara sukan renang” kata Jamery kepada Arena Suara Sarawak.

Anak jati kelahiran Kampung Kuala Mendalam, Ulu Mendamit, Limbang itu bagaimanapun tidak berasa kecewa disebalik pengumuman luar jangkaan itu.

“Sebagai seorang yang profesional, saya menerima keputusan itu dengan rasa terbuka,” tambah Jamery lagi.

Malah beliau juga ingin merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) kerana telah memberi peluang kepada saya mewakili negara.

Jamer Siga mula mewakili negara pada tahun 2010 sehingga 2021, selain mula mewakili Sarawak pada tahun 2003.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru