ARTIKEL

Jamin kualiti, keaslian kraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Fungsi dan kuasa mutlak yang dimiliki Majlis Kraf Sarawak (SCC) amat penting bagi menjamin sektor kraf dibangunkan sepenuhnya secara lebih tersusun.

ADUN Tellian, Royston Valentine berkata hal ini kerana SCC sentiasa memelihara serta mempromosikan seni dan kraf tradisional yang terdapat di negeri ini.

Tambahnya, Sarawak merupakan negeri yang sangat terkenal dengan kraf tangan daripada pelbagai etnik.

“Oleh itu, semua kraf ini memerlukan satu entiti yang mempunyai kuasa penuh ke atas hasil-hasil ini agar ia dapat diselia dengan baik sekali gus mengawal kualiti dan keaslian produk-produk berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua DUN Sarawak, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Royston berkata antara kraf yang memerlukan entiti ini ialah produk hasil kraf berasaskan manik, parang, bakul Orang Ulu dan beg Orang Penan. 

“Terdapat juga hasil kraf yang lain yang mempunyai potensi besar untuk diketengahkan seperti Batik Linut dari Tellian, Mukah, Batik Blok Borneo, Songket Rajang dari Rajang, Belawai serta Pua Kumbu yang menjadi kebanggaan bagi masyarakat Iban.

“Selain itu, keringkam juga sangat terkenal serta menjadi kebanggaan wanita Melayu dan pelbagai lagi produk kraf tangan berasaskan kaum dan budaya yang terdapat di Sarawak,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan usaha SCC ini bukan sahaja membantu memenuhi permintaan serta harapan pelbagai pihak berkepentingan, bahkan ia bakal memberi kelebihan kepada kerajaan dan negara.

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan