ARTIKEL

Jangan abai kebun, jika harga komoditi turun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PAKAN: Golongan pekebun kecil di luar bandar dinasihatkan jangan berputus asa walaupun harga komoditi turun.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, para pekebun kecil jangan berputus asa dan jangan mengabaikan kebun mereka.

“Saya amat memahami keperitan pekebun kecil kerana harga komoditi yang tidak stabil iaitu ada turun dan naik.

“Tetapi saya harap mereka (pekebun) bersabar dengan situasi tersebut dan berharap mereka tidak mengabaikan kebun kerana itu hasil titik peluh mereka.

“Janganlah tebang tetapi tetap berusaha untuk memastikan kebun tidak diabaikan,” kata Larry merangkap Ahli Parlimen Julau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Penanaman Kelapa Sawit di Pakan yang dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen Julau melalui kerjasama APPGMSDG.

Ujarnya lagi, Parlimen Julau telah diperuntukan bajet daripada APPGM-SDG yang berjumlah RM120,000 untuk menjalankan tiga projek iaitu Belia Pakan, Hidroponik Meluan dan Kursus Penanaman Kelapa Sawit.

“Saya berharap boleh membantu pihak pekebun kecil di sini dengan penganjuran kursus agar dapat menambah ilmu dan kepakaran mereka dalam beberapa aspek.

“Termasuklah cara baru dalam pertanian yang menggunakan teknologi digital dan manfaatkanlah segala ilmu yang diperolehi dari kursus ini,” katanya lagi.

Mengulas mengenai Kursus Pengurusan Penanaman Kelapa Sawit tersebut, Larry berkata bahawa kursus ini bersesuaian dan amat diperlukan oleh pekebun kecil sawit di Parlimen Julau.

“Saya sedang merancang untuk membawa beberapa orang daripada DUN Meluan dan Pakan bagi melawat untuk tujuan menambahkan ilmu berkaitan pertanian 2024 nanti,” ujar Larry.

Pada majlis yang sama, Penghulu Ting Tiu Look mewakili kesemua 30 orang peserta menyatakan bahawa kursus tersebut amat berguna kepada mereka lebih-lebih lagi menambahkan ilmu dalam penanaman kelapa sawit.

“Melalui kursus ini, telah memberikan kami segala informasi berkaitan penanaman kelapa sawit termasuk apa yang patut dibuat,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan