ARTIKEL

Jangan abai keperluan bekalan gas penduduk luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Keperluan penduduk di luar bandar tidak boleh diabaikan berhubung pengagihan bekalan gas.

Adun Krian Friday Belik berkata, ini kerana Sarawak merupakan negeri yang luas dan populasinya berselerak di kesemua Bahagian dan Daerah.

Katanya, dalam beberapa daerah, kaedah perhubungan melalui sungai, darat dan udara mengakibatkan pelbagai variasi harga barangan penting seperti makanan, gas dan produk petroleum seperti bahan api.

“Di sesetengah kawasan, harga petrol bagi setiap tangki boleh mencecah ratusan ringgit berbanding sekitar RM30 per liter di kawasan lain terutamanya di kawasan bandar dan pekan besar.

“Pengguna masih membeli produk gas dengan apa jua harga kerana bagi mereka ia merupakan barangan keperluan dalam kehidupan mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Ordinan Pengagihan Gas 2023 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU