Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Jangan berpuas hati dengan prestasi sedia ada – Philip Jabu 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
UNTUK KENANGAN...Phillip Jabu dan Md. Haical Abdullah (berdiri di tengah) bergambar bersama pemain di majlis tersebut.
UNTUK KENANGAN…Phillip Jabu dan Md. Haical Abdullah (berdiri di tengah) bergambar bersama pemain di majlis tersebut.

SERIAN: Barisan pemain skuad Bawah 20 Tahun Serian FA diingatkan untuk tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka ketika ini sebaliknya terus meningkatkan prestasi mereka.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) Philip Jabu memberitahu, hanya pemain yang memiliki kualiti dan potensi untuk diserapkan dalam kelab atau pasukan negeri yang bersaing di kejohanan lebih tinggi memandangkan slot yang sangat terhad.

“Anda tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian ketika ini jika mahu pergi lebih jauh dalam sukan bola sepak.

“Justeru, perlu bagi anda semua meningkatkan prestasi serta berusaha memajukan diri,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pasukan Bolasepak Serian FA B20 di Hotel Roxy Serian sebentar tadi.

Menurut Phillip, ini kerana hanya yang terbaik akan dapat mewakili kelab atau pasukan negeri.

Katanya, pemain juga perlu berfikir luar kotak dengan tidak menyandarkan kerjaya sebagai pemain bola sepak semata-mata.

Dalam hal ini, beliau turut mencadangkan agar pemain muda melibatkan diri dalam bidang pengurusan atau kejurulatihan.

“Kita semua tahu bahawa saingan untuk menyertai kelab atau pasukan negeri sememangnya sengit dan terhad kerana ada juga pemain dari bahagian lain yang baik.

“Oleh yang demikian, kepada pemain agar perlu untuk mereka menceburkan diri dalam bidang pengurusan ataupun jurulatih kerana ia juga menjanjikan masa depan yang cerah,” tambah Philip lagi.

Majlis apresiasi tersebut diadakan sebagai menghargai kejayaan pasukan Bawah 20 Tahun Serian FA muncul naib johan Liga Bola Sepak Bawah 20 Tahun SSC-FAS  2022 baru-baru ini.

Ia selepas mereka tewas 3-5 di tangan Miri menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat (1-1) pada aksi final.

Selain sijil, para pemain turut menerima bonus hasil kejayaan mereka.

Hadir  sama pada majlis itu Pengurus Pasukan Md Haical Abdullah, Ketua Jurulatih Rockeffeller Sulau serta barisan exco FA.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru