Trending

Jangan biasankan larangan agama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BIARLAH kami nak buat lawak pasal Islam pun, yang orang Islam nak sentap sangat kenapa?

Kami masih solat, masih percaya Allah, tak jadi kafir pun.”

Pernah dengar kata-kata seumpama ini?

Bagi mereka, biarlah mereka membuat dosa yang penting iman di hatinya hanya Allah yang tahu.

Mereka terlalu percaya, mereka menjadi ahli syurga dengan alasan mereka masih beriman kepada Allah.

Adakah ia benar mengikut pandangan Islam?

Secara umum judul, tersebut menimbulkan pertanyaan tentang bagaimana seseorang dapat mempertahankan iman mereka sementara mereka melakukan maksiat.

TERLEBIH LIBERAL

Konsep ini memiliki kaitan dengan dilema moral dan pertentangan antara melakukan perbuatan yang dianggap dosa atau bertentangan dengan nilai agama, tetapi masih mempertahankan keyakinan pada prinsip keagamaan yang mendasari iman mereka.

Buku setebal 294 muka surat ini merupakan kajian ilmiah yang dijalankan oleh penulis, Dr Mohd Aizam Mas’od dalam mengupas fenomena Irja’ yang berlaku dalam kalangan umat Islam khususnya di Malaysia.

Dr Aizam memulakan dengan definisi fahaman irja’ disusuli dengan sejarah yang dikatakan menjadi asas kepada kewujudan fahaman murjiah ini. Ringkasnya, fahaman irja’ memisahkan amalan dari keimanan.

Slogannya ialah “Kemaksiatan tidak memudaratkan keimanan, sebagaimana ketaatan tidak mendatangkan manfaat kepada kesyirikan.

Terdapat perbincangan daripada sudut sejarah kemunculan fahaman Irja’.

Sebahagian pengkaji menyatakan ia berpunca daripada konflik politik yang melibatkan para sahabat, sehingga ada sebahagian Ahlul Bait memilih berkecuali dan tidak menghukum mana-mana pihak.

Fahaman Irja’ juga dikatakan sebagai fahaman yang muncul sebagai respons kepada fahaman Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar dan Muktazilah yang menyatakan pelaku dosa besar berada antara iman dengan kufur selain kekal dalam neraka. Jadi fahaman Irja’ muncul atas fahaman Khawarij dan Muktazilah.

Bagaimanapun, Irja’ muncul dengan ekstrem sehingga amal dan iman terpisah, sehingga pelaku maksiat pun dianggap memiliki iman yang sempurna, sebagaimana iman orang yang melakukan ketaatan.

Sudah pasti fahaman ekstrem ini bercanggah dengan akidah Ahli Sunah yang tidak memisahkan iman dan amal dan tidak jua mudah mengkafirkan orang lain semata-mata mereka melakukan dosa besar.

Dr Aizam membawa dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis yang diperguna oleh fahaman Murjiah ini, dan apakah huraian sebenar kepada dalil tersebut.

Kita lihat bagaimana fahaman ini mengambil sebahagian dalil dan meninggalkan dalil yang lain.

Kemudian, beliau beralih kepada menceritakan tentang ideologi yang muncul pada zaman moden dan kesannya.

Kemudian, disebutkan tentang apa-apa yang berlaku dalam negara kita Malaysia, bagaimana fenomena fahaman Murjiah berlaku dalam kalangan ahli politik kerajaan dan pembangkang, pemimpin tertinggi negara serta menteri.

Buku ini turut disertakan kes melibatkan kenyataan yang menzahirkan fahaman murjiah yang dilemparkan oleh rakyat biasa seperti artis dan lain-lain.

JARANG DIBINCANGKAN

Fenomena membela maksiat dengan alasan iman di hati dan melakukan upacara keagamaan lain sebagainya merupakan penzahiran fahaman Murjiah tanpa sedar — mungkin si pelaku pun tidak sedar mereka sedang menghidupkan fahaman itu.

Bagi saya, buku ini harus dibaca semua pihak kerana fahaman Murjiah ini sangat jarang dibincangkan dalam konteks tempatan, bahkan ramai daripada kita tak sedar akan bahaya fahaman ini.

Kita mungkin sedar tentang bahaya Syiah, golongan pengganas berfahaman Khawarij yang mudah mengkafirkan orang lain.

Tarekat sesat; tetapi fahaman Murjiah ini sangat halus, dan hanya disedari jika kita memahami konsep iman dalam Islam yang tidak memisahkan antaran iman dan amalan.

Biarlah Aku Buat Maksiat Pun yang Penting Aku Beriman adalah sebuah kisah inspirasi yang mengajak pembaca merenungkan arti kehidupan, menghargai nilai agama dan menemukan kekuatan dalam pengampunan dan perbaikan diri.

Ia juga menggambarkan bahawa, walaupun seseorang itu melakukan kesalahan besar, dengan keimanan dan tekad yang tulus dapat membantu untuk memperbaiki diri dan mendapatkan kembali rahmat Tuhan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jadi lebih baik

TAJUK: MENCARI MAKNA HIDUP PENERBIT: PTS MILLENNIA SDN. BHD. PENULIS:

Amukan Prebet Adam

BUKU bertajuk Konfesi Prebet Adam yang ditulis oleh Syahril A.

Perjalanan dunia koma

BERSEDIAKAH kita pergi ‘sebelum waktunya? Apakah kita cukup bersedia meninggalkan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru