ARTIKEL

Henry Jugah

Jangan buat pembakaran terbuka, waspada dengan api ketika musim panas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Beberapa kawasan belukar di sekitar daerah Miri telah terbakar berikutan cuaca panas dan kering yang melanda bahagian utara Sarawak ini, sejak beberapa minggu yang lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, dalam minggu ini sahaja pihaknya telah menerima beberapa laporan kes kebakaran belukar di sekitar daerah ini.

“Kebakaran belukar semakin menjadi-jadi di sini, dan bulan Mac ini sahaja lebih daripada 20 laporan mengenai kes kebakaran belukar yang telah kami terima.

“Beberapa hari lalu terjadinya kebakaran belukar berkeluasan lebih kurang 62 hektar di belakang Curtin University, namun pihak kami hanya mampu membuat pemantauan sahaja di sekitar lokasi kerana kawasan tersebut tiada akses dan terlalu berisiko untuk membuat operasi pemadaman api,” katanya ketika dihubungi.

Ekoran itu, beliau memohon kerjasama daripada Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat di sekitar Miri untuk menasihati penduduk di kawasan masing-masing untuk tidak membuat pembakaran terbuka.

Selain itu, beliau juga berharap agar orang ramai sentiasa berwaspada dengan api semasa musim panas ini terutama yang berada di kawasan Permyjaya, Senadin, Kuala Baram, dan Pulau Melayu yang kini menjadi titik panas.

Baca lain  43 penduduk kampung terima agihan insentif berjumlah RM25,800

Bagaimanapun, menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, indeks pencemaran udara (IPU) di daerah Miri masih lagi berada pada paras sihat iaitu sekitar 57 hingga 60 setakat hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU