Jangan duduk selesa, sedia hadapi PRN

KUCHING: Pemimpin akar umbi GPS di kawasan Satok tidak boleh berada dalam keadaan selesa apabila menghadapi Pilihan raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Dun Satok yang kini disandang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menghadapi saingan hebat pembangkang kelak.

“Individu bertanding di kawasan Satok bukan calang-calang orang kerana beliau adalah Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Maka, pembangkang akan berjuang habis-habisan untuk merampas kawasan Satok men- jelang PRN akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Mesra Gawai Raya di Kampung Segedup yang dihadiri Ketua Menteri dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Tegas Fadillah, pemimpin akar umbi di kawasan Satok tidak harus berada dalam keadaan selesa.

“Kita harus mempertahankan Ketua Menteri kerana perjuangannya menuntut hak Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Malah, Ketua Menteri berazam untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri termaju di Malaysia

menjelang 2030,” jelasnya. Berikutan itu, menurut Fadillah, Sarawak tidak harus jatuh ke tangan orang luar.

“Di Semenanjung Malaysia, ramai rakyat berasa kesal tetapi tidak mampu berbuat apa-apa meskipun menangis air mata darah.

“Mahu tak mahu, mereka harus menunggu lima tahun untuk membuat pilihan semula,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut Ketua Menteri turut merasmikan dewan Kampung Segedup yang bernulai RM450,000.

Turut hadir Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang.