ARTIKEL

Augustine Merikan. | Foto: FB

Jangan guna lagu artis Iban tanpa kebenaran – PARISA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Persatuan Artis Iban Sarawak (PARISA) menggesa mana-mana pihak supaya tidak menggunakan lagu hasil karya atau nyanyian artis-artis Iban sesuka hati.

Presiden PARISA, Augustine Merikan berkata mereka harus mendapatkan kebenaran mahupun berunding terlebih dahulu dengan artis terlibat sekiranya ingin menyanyikan semula atau memberi nafas baharu kepada sesebuah lagu.

“Persatuan kami memang menentang aktiviti pelanggaran hak cipta ataupun mana-mana perbuatan mendatangkan keuntungan menggunakan hasil karya orang lain tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, penyanyi veteran, Andrewson Ngalai Asom membuat laporan polis di Balai Polis Stapang terhadap sebuah syarikat hiburan yang menggunakan lagunya ‘Bekikis Bulu Betis’ di saluran YouTube tanpa kebenaran.

Augustine menyifatkan tindakan Ngalai itu sebagai wajar bagi melindungi karyanya.

“Sekiranya anda seorang komposer mahupun penyanyi dan hasil karya anda digunakan untuk menghasilkan pendapatan tetapi anda tidak mendapat satu sen pun daripada perbuatan itu, apa perasaan anda?” soalnya.

Augustine, yang juga komposer dan penyanyi terkenal dengan lagu ‘Bujang Paku Lawang’, menggesa setiap komposer dan penyanyi lagu Iban untuk mendaftar harta intelek mereka supaya tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu tanpa kebenaran. — BERNAMA

BERITA LAIN

AISHWARYA RAI BACHCHAN raih perhatian

PELAKON Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan mendapat perhatian dengan gaun berwarna hitam dan emas yang dipakainya ketika membuat kemunculan di Festival Filem Antarabangsa Cannes pada 16

BERITA TERBARU

65 murid keracunan lepas makan kuettiau sup

SUNGAI PETANI: Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dekat sini dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi semalam. Yang Dipertua