ARTIKEL

Jangan jadi Tanggang moden

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PERNAH membaca atau menonton kisah Si Tanggang Anak Derhaka? Cerita rakyat ini hingga kini sangat popular sehingga kisahnya dibukukan dan sering difilemkan dalam pelbagai versi. Kisah dongeng Si Tanggang membawa banyak pengajaran kepada kita iaitu jangan derhaka kepada orang tua kerana perbuatan demikian akan mendapat balasan.

Namun demikian, bilangan anak derhaka pada zaman moden ini semakin ramai.

Contohnya, seorang lelaki tempatan dari Kampung Samariang Batu mengugut hendak membunuh ibu kandungnya menggunakan sebilah pisau pemotong daging, Jun lalu.

Mahkamah Majistret Kuching menjatuhkan dia hukuman penjara lima bulan.

Berdasarkan laporan, pembantu katering berusia 24 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mengugut hendak membunuh ibunya berusia 63 tahun di kediaman mereka.

Selain itu, baru-baru ini tular video ‘Derhaka Ibu’ di Facebook berkaitan seorang lelaki yang melakukan kekerasan terhadap ibunya.

Ekoran itu, tiga beradik lelaki di Seremban ditahan pada 5 Oktober lalu selepas disyaki mencederakan ibu kandungnya seperti dalam video yang tular di laman sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, ketiga-tiga mereka yang berusia 17 hingga 29 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan. Setakat ini, hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

Ketiga-tiganya direman empat hari bermula 6 Oktober. Kesemua saksi yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kini warga emas yang merupakan mangsa dalam video tular itu selamat di bawah jagaan sepupunya.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusof Azmi. Beliau juga memberitahu, pesara polis itu turut dibawa ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan rutin terhadap kesihatannya.

Di luar negara pada Ogos tahun lalu, seorang lelaki yang derhaka terhadap ibunya dengan membiarkan wanita itu hidup kelaparan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Isaan, wilayah Buriram, Bangkok.

Thongdee Salangam, 57, semasa hidup telah menyeksa ibunya yang terlantar di katil sejak 10 tahun dengan tidak memberikan wanita itu makan kerana mahu dia mati cepat supaya dapat mewarisi harta pusaka.

Anggota polis dari Balai Polis Satuek dan pasukan penyelamat Wang Krut berkata, kematian lelaki itu disedari jirannya yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih empat hari. Pihak polis menemukan ibu mangsa berusia 82 tahun terbaring di katil berhampiran mayat Salangam. Lelaki itu dipercayai mati kerana tuberkulosis (TB).

Nah, ini antara berita berkaitan anak derhaka yang dilaporkan dalam media. Bagaimana pula dengan anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa mereka tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak mengaku perbuatan itu? Justeru apa yang kita faham mengenai maksud anak derhaka?

Secara amnya, anak derhaka ialah anak yang tidak menghormati ibu bapanya dan tidak mahu berbakti kepada mereka terutamanya apabila mereka sudah tua.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, derhaka kepada kedua ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar iaitu berada setaraf dengan tiga dosa besar yang lain iaitu menyekutukan Allah, membunuh manusia dan menjadi saksi palsu.

Katanya, haram bagi anak yang derhaka masuk syurga dan ini adalah balasan paling ditakuti oleh semua manusia yang beragama Islam.

Agama-agama lain pasti senada dalam ini kerana syurga adalah idaman semua dan neraka balasan yang paling ditakuti.

Yang pasti terdapat banyak ciriciri anak derhaka.

Mungkin selama ini kita mempamerkan salah satu ciri-ciri anak derhaka tanpa sedar.

Paling mudah ialah membuat ibu bapa bersedih. Ya, ini adalah sikap dan perbuatan yang kita kadangkala terlepas pandang.

Ciri anak derhaka lain ialah malu mengaku ibu bapa sebagai oang tua.

Ini yang dilakukan oleh Si Tanggang apabila malu mengaku ibu kandungnya di hadapan isterinya yang kaya raya. Akibat terlalu sedih dan kecewa, ibunya menyumpah Tanggang menjadi batu dengan makbul Tuhan.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak, tiada siapa yang mahu digelar sebagai anak derhaka kerana tidak susah untuk menjadi anak yang baik.

Dengan mendengar kata, menggembirakan dan patuh terhadap ibu bapa, nescaya kehidupan anda akan sentiasa dirahmati.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

BERITA TERBARU