ARTIKEL

Jangan jadikan rakyat mangsa kepentingan politik – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Pemimpin-pemimpin di negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan ‘harga mahal’ bagi mencapai kepentingan politik kelompok tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata perbezaan pendapat atau pegangan dalam politik tidak menjadi masalah di negara ini yang mengamalkan sikap terbuka, namun keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan rakyat terlebih dahulu.


Justeru, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha keras dalam memastikan politik negara dipertahankan dan kekal stabil yang mampu membawa pembangunan, pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan seterusnya kesejahteraan kepada rakyat.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU