Jangan kedekut kongsi ilmu

MUKAH: Lebih 20 tahun aktif menjadi pereka fesyen tanah air, Roziman Han 41 yang dikenali melalui jenama Rozie Khan Couture kini komited membantu masyarakat khasnya di Bahagian Mukah melalui kelas percuma secara bulanan.

Beliau mengajar kepada sesiapa sahaja yang berminat terutama yang ingin memperbaiki seni jahitan dan membuat baju.

Roziman sebelum pernah mereka baju untuk peserta Miss World Malaysia, Miss World International, Miss Universe dan beberapa artis tanah air.

Beliau mengakui, inisiatif kelas percuma merupakan salah satu usahanya untuk membantu komuniti setempat khasnya dalam tempoh penularan pandemik Covid-19.

“Saya mula-mula berminat untuk buat kerja sukarelawan sewaktu saya mereka baju peserta Miss World 2018 Larissa Ping Liew.

TUNJUK AJAR… Rozie Khan bantu komuniti melalui Kelas Percuma.

“Beliau pernah melakukan kerja amal membantu Komuniti Penan di Long Seridan melalui penubuhan dana.

“Saya juga tergerak apabila ada rakan saya Sarinas Linus Peter yang sebelum ini mereka baju untuk peserta Miss World Malaysia, Miss World International, Miss Universe dan beberapa artis tanah air.

Beliau mengakui, inisiatif kelas percuma merupakan salah satu usahanya untuk membantu komuniti setempat ini juga pernah menawarkan khidmat gunting rambut percuma kepada mereka yang memerlukan dan saya terfikir kenapa tidak saya gunakan kemahiran saya ini untuk bantu komuniti saya sendiri,” katanya ketika ditemui wartawan Suara Sarawak.

Rozie menyedari masyarakat di Bahagian Mukah cukup besar meliputi kawasan Belawai, Dalat, Daro sehingga ke Balingian dan dari situ beliau mahu mencurahkan ilmu yang dimiliki kepada sesiapa sahaja yang berminat.

“Saya tidak mahu ilmu yang saya miliki ini, tidak diperturunkan, sayang sebab kita tidak tahu bila ajal menjemput kita, tambahan bila saya lihat ada pelajar dari kelas berbayar yang pernah saya ajar sebelum ini di Semenanjung Malaysia mereka menjadi mahir, sayang kalau tidak dipraktikkan kepada komuniti saya sendiri di sini.

“Sehingga kini kelas ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan sebelum ini kita ada buat di Dalat.

“Untuk Mukah kita juga ada buat dengan kerjasama pihak Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak Mukah (PPKS) dan kita bergerak bersama Pertubuhan Belia Parlimen Mukah,” jelas anak jati Dalat ini.

Rozie turut menyedari adalah menjadi satu kepuasan apabila hasil rekaan bajunya dipakai dengan selesa oleh pelanggan.

Menurutnya, kepuasan tersebut juga tidak dapat dibayangkan apabila ilmu dapat diperturunkan kepada peserta kursus.

“Kepuasan itu saya jadikan cabaran pada diri saya apabila saya mula mengajar orang lain.

“Saya bersyukur semua pelajar saya boleh buat semua yang saya ajar, dan pastinya ia dapat membuka pintu rezeki buat mereka.

“Sebagai tenaga pengajar bagi saya mengajar orang itu senang, namun bagi kita untuk memastikan pelajar kita faham apa yang kita ajar itu, adalah menjadi satu cabaran besar buat saya.

Namun yang pasti saya mahu bengkel ini dapat saya teruskan sampai bila-bila.

“Bagi kelas ini saya sasarkan golongan belia, suri rumah dan ibu tunggal yang sepenuhnya menjalankan kerja menjahit baju dan kita harap ia dapat membantu mereka menjana pendapatan tetap dan sampingan,” jelasnya lagi.

Beliau turut menasihatkan golongan belia dan warga Mukah untuk terlibat sama di dalam kelas tersebut kerana beliau akan berkongsi pelbagai ilmu yang mungkin tidak akan diperoleh di tempat lain.