MENYAMBUT Hari Kemerdekaan merupakan hari yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia bagi sebagai hari pembebasan daripada penjajah sejak 66 tahun lalu.
Apatah lagi pada 16 September ini kita bakal menyambut Hari Malaysia sempena Sabah dan Sarawak masuk Malaysia.
Semasa mengadakan persediaan sambutan hari bersejarah itu, pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi menyemarakkan sambutan seluruh negara disamping meningkatkan semangat patriotik para belia.
Dalam menyambut hari bersejarah ini, pastinya kita akan mendengar kisah pahit manis perjuangan pahlawan-pahlawan dahulu menentang penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan.
Semenjak beberapa tahun yang lalu, Hari Kemerdekaan semakin disalah ertikan oleh belia apabila menyambut hari bersejarah terbabit dengan melakukan aktiviti jenayah.
Kini hampir setiap tahun kes meningkat apabila tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa semasa malam sambutan ambang hari bersejarah tersebut.
Sebagai contoh di Petaling Jaya pada malam ambang kemerdekaan pada tahun 2020, seramai 62 individu tangkap dengan pelbagai kesalahan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor itu dijalankan bermula jam 9 malam.
Antara kesalahan terbabit ialah kes jenayah samun berkumpulan, ugutan jenayah, pecah rumah, dadah, dan aktiviti perjudian.
Selain itu, di Kuala Terengganu pada 2019, dua remaja perempuan ditahan dalam keadaan mengaibkan bersamasama tiga remaja lelaki dalam sebuah sebuah chalet yang disewakan di Marang.
Daripada jumlah itu, dua pasangan kekasih melakukan berkhalwat dalam operasi khas Sambutan Ambang Merdeka.
Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Zuhaiza Ismail berkata, mereka ditahan dalam serbuan berasingan di 12 hotel dan chalet serta rumah tumpangan di sekitar Marang.
Jika melihat kepada kes-kes lepas semasa sambutan hari kemerdekaan, kes seperti ini sering terjadi malah kesalahan jenayah meningkat.
Jika melihat kepada trend jenayah ini, pastinya golongan belia yang banyak terlibat dalam kes seperti ini.
Perkara seperti ini pasti amat merugikan negara kerana kita memerlukan golongan muda untuk menerajui negara kelak.
Bagi membendung gejala ini berterusan kita hendaklah memupuk semangat untuk memerangi jenayah khasnya di kawasan masing-masing.
Tanggungjawab dalam mendidik belia untuk menanam semangat patriotik dalam diri serta cinta akan keamanan negara amat penting dan perlu dititikberatkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anakanak bagi membanteras masalah dalam kalangan remaja.