BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBB) memberi amaran supaya semua pihak terutama media sosial menghentikan segera penyebaran dan perkongsian berita tidak sahih mengenai penularan wabak Covid-19 di bahagian ini.
Pengerusinya, Jack Aman Luat berkata perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai situasi semasa wabak Covid-19 boleh mengundang rasa panik dan takut dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius perbuatan pihak yang menyebarkan berita tidak sahih serta tindakan tegas dan segera akan diambil sekiranya pihak berkenaan masih mengulanginya.
“Tindakan itu tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada rakyat kerana ia mampu mengundang situasi yang lebih serius,” katanya pada sidang media di Pejabat Residen Bintulu pada Jumaat.
Jack yang juga Residen Bahagian Bintulu menasihati masyarakat supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat berhubung wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebelum dikongsi dalam media sosial bagi mengelak penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat.
Tegas beliau lagi, JPBB tidak akan berkompromi terhadap tindakan menyebarkan berita palsu khususnya ketika pihaknya terutama petugas barisan hadapan berdepan dengan usaha memerangi wabak Covid-19.
Dalam hal tersebut, tambahnya, masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai murni, kebebasan, demokrasi dan hak untuk mendapatkan maklumat tetapi pada sama, kerajaan juga perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang mengambil kesempatan untuk menyebarkan berita palsu.

Jurulatih baharu Sarawak United FC
KUCHING: Presiden Sarawak United FC, Datuk Posa Majais memberi bayangan