ARTIKEL

Jangan kongsi jika tidak pasti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masyarakat yang suka menyebarkan berita palsu harus berhenti berbuat demikian, kata pensyarah kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Unimas Dr Mus Chairil Samani.

Katanya, maklumat yang masuk ke dalam telefon pintar bukannya berita tetapi disebut sebagai push news.

Mus menjelaskan, tulisan ditakrifkan sebagai berita apabila ia diterbitkan oleh agensi media massa yang diiktiraf sama ada media cetak atau dalam talian.

“Push news ini ditulis oleh wartawan rakyat yang tidak bekerja dengan mana-mana agensi berita.

“Kita yang menerima sesuatu push news harus sangsi dengan kebenaran dan kesahihan maklumat yang ditularkan.

“Kita boleh memeriksa sama ada tulisan itu sahih atau sebaliknya dengan melayari laman Sebenarnya.my yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Tambahnya, sebelum menerima berita dan memanjangkan kepada orang lain, orang ramai harus memeriksa kebenaran kandungannya.

Mus memberitahu, petugas media massa sememangnya memeriksa setiap maklumat sebelum ia disiarkan atau diterbitkan.

Menurutnya, kesahihan maklumat diperiksa oleh petugas media dengan pelbagai sumber sebelum mereka menerbitkannya untuk bacaan umum.

“Namun tulisan orang awam yang menganggap diri mereka sebagai wartawan tidak diperiksa kesahihannya.

Tidak ada editor yang memeriksa ketulenannya.

“Semua dilakukan oleh orang sama. Justeru, kita yang menerima tulisan daripada orang awam, tidak patut memanjangkan kepada pihak ketiga,” ujarnya.

Mus turut berpesan agar berita itu terhenti setakat diri sendiri sahaja tanpa ditularkan kepada orang seterusnya.

“Sebagai pengguna, kita harus bertanggungjawab memantau apa yang berlaku di sekeliling kita.

“Maklumat yang dibaca untuk kegunaan peribadi bukan untuk ditular tanpa sebab,” tambahnya.

Menular berita palsu atau tidak benar adalah kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru orang awam perlu berhati-hati sebelum berkongsi berita tidak benar.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan