ARTIKEL

Jangan lalai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

“Untuk mewajibkannya, saya tidak pasti, tapi mungkin boleh diwajibkan kepada mereka yang ada simptom seperti batuk dan selesema,” katanya.

PENCEGAHAN

Berkongsi pendapat sama, Shamalan Parthibeen berkata, penyebaran wabak tersebut dapat dicegah dengan menggunakan pelitup muka.

“Kita harus pakai pelitup muka kalau berasa tidak sihat supaya penyakit itu tidak disebarkan kepada orang lain.

“Kalau diikutkan memang betul, disebabkan peralihan fasa ke endemik sebelum ini, ramai yang tidak menggunakan pelitup muka walaupun tidak sihat,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan agar rakyat di negara ini meneruskan langkah pencegahan Covid-19 susulan kes dilaporkan meningkat hampir dua kali ganda dalam laporan terbarunya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam laporan Minggu Epidemiologi Ke-49 (ME-49) dari 3 hingga 9 Disember lalu menunjukkan peningkatan membimbangkan, dengan 12,757 kes dilaporkan berbanding 6,796 kes pada ME-48.

PENIAGA ENGGAN TANGGUNG RUGI LAGI

Fasa peralihan ke endemik, secara beransur memulihkan semula ekonomi dan menghidupkan kembali sektor perniagaan.

Melihat kembali kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara dilanda Covid-19, ia banyak memberi kesan kepada semua pihak terutama sektor ekonomi.

Rata-rata reaksi peniaga melihat situasi semasa seperti mimpi ngeri dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Menurut Awang Aizat Audi, sebarang kemungkinan pelaksanaan semula PKP perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“Saya tidak setuju jika PKP dilaksanakan sekiranya kes terus meningkat.

“Kami sebagai peniaga hanya bergantung kepada hasil pendapatan harian, kami tidak mempunyai gaji tetap,” katanya.

Bagaimanapun tambahnya, langkah pencegahan masih perlu dilakukan dan harus mengambil kira segenap aspek yang tidak memudaratkan sektor ekonomi.

Senada dengannya, Sabrina Taha menegaskan penguatkuasaan PKP boleh membuatkan sektor ekonomi kembali merudum seperti sebelum ini.

Malah, ia menyebabkan kesukaran kepada golongan peniaga kecil sepertinya untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Saya harap dijauhkan daripada penyakit ini kembali meningkat.

“Saya tidak bersetuju jika PKP dilaksanakan kerana peningkatan kes Covid-19 dan kita kembali seperti dahulu.

“Tidak bebas bergerak dan terikat, bahkan menjejaskan mata pencarian, sukar untuk membayar sewa dan sebagainya,” jelasnya.

Meskipun belum ada sebarang tindakan lanjut oleh kerajaan susulan peningkatan kes tersebut, namun langkah pencegahan amat penting dari segi penjagaan kesihatan serta kebersihan.

LAIN-LAIN BERITA

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

BERITA TERBARU

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan