ARTIKEL

Jangan layan isu, kenyataan kurang cerdik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAMARAHAN: Dakwaan kononnya Sabah dan Sarawak bukan tempat ideal untuk mengembangkan kerjaya disifatkan sebagai tidak berasas, selain kenyataan kurang cerdik daripada inidividu yang mempunyai pengetahuan cetek mengenai kedua-dua wilayah berkenaan.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, rakyat di Sarawak tidak mudah melatah selain tidak akan melayan isu sebegini.

‘Kita di Sarawak tidak mudah melatah, namun kita kesian dengan mereka yang kurang maklumat ini dan menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi maklumat tentang perkara yang berlaku di Bumi Kenyalang kepada dunia luar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir 2023 (CIPTA23) di Panggung Eksperimen Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS, di sini hari ini.

Abdullah Saidol berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peguam aktivis, Asiah Abdul Jalil menyuarakan pendapat sinis bahawa Sabah dan Sarawak bukanlah tempat yang sesuai untuk meneruskan kerjaya baru-baru ini.

Pada masa sama Abdullah Saidol berharap agar semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang menggugat keharmonian yang boleh mencetuskan perbalahan di negara ini.

Sebelum ini tindakan Asiah menyuarakan pendapat sinis melalui hantaran di Facebooknya, bahawa Sabah dan Sarawak bukanlah tempat yang sesuai untuk meneruskan kerjaya baru-baru ini menerima pelbagai reaksi masyarakat tempatan kedua-dua negeri berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU