Jangan lepaskan peluang mendapatkan vaksin

KUCHING: Vaksin adalah komoditi yang paling berharga di dunia pada masa ini yang akan menyelamat manusia daripada pandemik Covid-19, kata Pengerusi Lembaga Pengurusan Pusat Perubatan Borneo (BMC) Dr John Chew.

Justeru, katanya setiap orang tidak harus melepaskan peluang mendapatkan vaksin ini.

“Jangan sesekali melepaskan peluang untuk melakukan vaksinasi dan jangan sesekali membuang dos vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Webinar: Impak Vaksin Covid-19 Terhadap Perniagaan di Sarawak, hari ini.

Dr John menegaskan hanya vaksinasi akan dapat mengawal wabak Covid-19 dan oleh sebab itu, setiap orang harus mendapatkannya.

“Kita adalah sebahagian daripada komuniti global dan jika kita tidak menangani virus ini di peringkat global, kita tidak akan dapat mengawal wabak ini.

“Kita harus menangani wabak ini secara keseluruhan sebagai satu komuniti dan satu dunia,” katanya.

Suara Sarawak