ARTIKEL

RASMI…Samion merasmikan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak anjuran IBCC di Kuching.

Jangan malu bertutur bahasa Iban Balau – Jaul Samion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jangan malu bertutur bahasa Iban Balau di bandar, kata Pengerusi Kelab Komuniti Iban Balau (IBCC) Datuk Amar Jaul Samion.

“Setakat ini hanya Iban Balau sahaja yang masih tinggal di rumah panjang dan masih mempertahankan bahasa Iban Balau.

“Malah bahasa Iban Balau makin hilang dan tidak diketahui oleh generasi muda Iban Balau masa kini,” ujar Samion.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak anjuran IBCC di Kuching.

Majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis itu bukan hanya sebagai landasan penyatuan tetapi tempat untuk memperagakan budaya dan pakaian asal Iban Balau.

“Majlis ini merupakan landasan yang terbaik kepada kita untuk mempersembahkan adat budaya komuniti Iban Balau.

“Selain daripada persembahan tradisional gendang pampat dan bebiau, kita turut dihiburkan dengan bedungai iaitu persembahan yang jarang kita dengari,” ujar Samion.

Beliau juga turut memuji golongan wanita yang turut mengenakan ngepan kuas sejenis ngepan tradisional Iban Balau.

Kelab Komuniti Iban Balau ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 Januari 2021 yang mempunyai tiga tujuan utama.

Tujuan tersebut ialah ingin menyatupadukan komuniti Iban Balau di bandar dan luar bandar melalui pendidikan, mempertahankan adat asal dan meningkatkan taraf ekonomi.

Pada majlis tersebut, IBCC telah menerima agihan dana berjumlah RM30,000 yang disumbangkan Harden merangkap ahli IBCC.

Sama hadir ke majlis berkenaan ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Pengerusi DCCI Dato Allan Keripin Nangkai dan semua ahli IBCC.

Barisan exco IBCC

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan